Harga Emas Semasa GCPHarga Emas Dunia

Harga Emas RM/gramGraf Emas 24 jam

Friday 17 June 2011

Ruginya beli emas di kedai

Assalammualaikum

Salam Jumaat yang indah. Semoga segala urusan harian kita menjadi lebih mudah & mendapat keberkatan oleh-Nya. Bila cakap pasal emas, selama ni saya tak kisah pun dengan emas atau pun barang kemas. Hmmm, kalau la dari dulu masa awal-awal start kerja dalam tahun 1980-an saya beli emas sedikit demi sedikit , mungkin sekarang saya dah jutawan! Hehe. Tambahan pula dengan kenaikan harga emas yang melebihi keuntungan ASB setiap tahun adalah lebih bijak jika kita membeli & menyimpan emas sebagai pelaburan. Selain dinar emas & jongkong emas, barang kemas juga kita boleh jadikan pelaburan tau. 

Kepada yang meminati barang kemas, saya akan paparkan dengan lebih jelas.
Memakai sambil melabur!


1) Rantai Tangan Pasir Padu (10g)
Yang ni memang kecil. Tapi tak apa, janji emas! 



2) Rantai Tangan Pasir Padu (20g, 30g)



3) Rantai Tangan Pasir Padu (50g, 100g)
Nak puas lagi? Pakai rantai tangan yang ini.



4) Rantai tangan gajah padu emas 999.9 (50g, 100g)




Apa kelebihan beli barang kemas di GCP?
Kenapa GCP jadi pilihan? Padahal banyak je kedai emas lain yang jual barang kemas. Plus, kat kedai lagi banyak choice & lagi lawa designnya. Betul tak? Ya, anda memang boleh beli barang kemas di kedai mahupun di GCP. Namun ada beberapa perkara penting yang perlu diambil kira sebelum anda membeli barang kemas di kedai berkenaan.


Jika anda beli barang kemas di kedai emas contoh di Poh Kong atau Habib Jewel :
1. Harga barang kemas lebih tinggi sebab pertukangan + keuntungan kedai
2. Jika anda jadikan ia sebagai pelaburan & bila anda nak jual balik ia akan susut sebanyak 
25-30% dari harga semasa anda jual.

Faham tak? Ke tak faham? Ok. Saya akan explain lagi:

Contoh :
Anda beli emas 10g emas 999.9 dengan harga RM1710 + RM40 (upah) = RM1750
Katalah setelah harga emas naik 25% = RM2138
Anda jual balik kat kedai, akan susut 30%
RM 2138 - RM641 = RM1496

Kita telah rugi, bukan untung. Nampak tak? 
Kalau still tak percaya, anda boleh pergi & tanya sendiri di kedai emas untuk pastikan betul atau tak susut 25-30%.


So, apa kelebihan beli barang kemas di GCP?
  • TIADA UPAH TUKANG
  • TIADA CAS TAMBAHAN
  • TIADA KOS PENGHANTARAN
  • Jual balik kepada GCP HANYA susut 6% sahaja!
·          


Wednesday 15 June 2011

What! Harga emas turun?


Assalammualaikum

Harga emas jatuh? Yeah! Ini merupakan berita baik buat penggemar emas mahupun kepada sesiapa yang berminat nak beli & menyimpan emas! Harga emas turun semalam & juga hari ini berbanding 2-3 minggu lepas. Tak percaya harga emas turun naik? Jom kita tengok carta Kitco, sumber rujukan harga emas dunia terpantas! 



Tak faham graf tu? Ok, Let me explain :
1. Graf garis biru muda (harga hari kelmarin) = Ahad, 12 Jun 2011
2. Graf garis merah (harga hari semalam) = Isnin, 13 Jun 2011
3. Graf garis hijau (harga hari ini) = Selasa, 14 Jun 2011


Garisan hijau dah potong harga garisan merah, maknanya harga emas akan naik balik. Tapi selagi ia tak melepasi garisan biru, harga emas masih murah walaupun hakikatnya harga emas mahal.


Harga emas berdasarkan US Dollar:
Jun 13 - 1515 USD/oz
Jun 14 - 1526 USD/oz


Kemungkinan harga emas akan naik lagi. So, apa tunggu lagi? Jom kita amik kesempatan dengan penurunan harga emas ni dengan membeli emas pada harga rendah! Jadikan simpanan emas sebagai pelaburan masa depan anda.
p/s: Gold is Money!






Wednesday 8 June 2011

Tips: Beli emas guna cara kutu


Assalammualaikum

Hello semua! Malam ni saya nak share tips! Tips apa ya? Before tu, siapa yang dekat sini masih belajar? Sebab entry malam ni saya tujukan khas untuk student atau siswa/siswi yang berminat nak beli & simpan emas tapi tak cukup duit nak beli emas. Err, yang bukan student pun boleh join gak bace tips ni. Hehee
 
Tips yang saya nak share malam ni ialah macam mane student pun boleh beli & simpan emas dengan modal yang tak payah nak kuar RM700++ terus macam tu. Rata-rata student yang study full-time bukannya orang yang ada income sendiri. Termasuklah saya. I mean student kan belum bekerja & tak ada duit pegangan sendiri. At least dengan tips yang akan saya bagi ni, kita boleh simpan satu keping dinar emas atau barang kemas pun jadi la. Apa? Ingat orang yang dah berkerjaya je ke boleh simpan emas? Kite pun boleh tau. Hehee

Kalau kita perhati, sekarang ni pun musim cuti semester kan. Saya yakin mesti banyak student yang bekerja sambilan kan. So, mesti ada duit pendapatan kan? Tak banyak pun sikit pun jadi la kan? Apa lagi, jom beli emas! Eh tapi gaji pun tak seberapa. Takkan nak habiskan semua duit gaji dengan beli emas? Mestilah tak nak kan? Kalau saya pun tak nak. Tapi kalau anda tak bekerja sambilan pun sekarang ni anda boleh beli emas dengan duit biasiswa/pinjaman atau duit simpanan anda. Jangan risau. Tips yang akan saya bagi ni takkan menyusahkan anda tapi lagi menyenangkan anda. Insyallah.

Tips/Idea: Kaedah main kutu. Taukan cara main kutu macam mana?
 
Contoh:  
1) Dinar Emas




Harga dinar emas pada hari ini 8/6/2011 ialah RM737. Katalah kita bermain seramai 3 orang.

1. Bulan pertama harga emas RM737. Bahagi 3 orang. Tiap seorang perlu bayar RM245.67. Orang pertama akan mendapat dinar emas yang pertama. 

2. Bulan kedua. Contoh harga emas ketika itu dah naik, katakan RM740. So tiap seorang perlu bayar RM246. Orang kedua pula akan dapat dinar emas.

3. Dan akhir sekali bulan ketiga, orang ketiga pula akan dapat dinar emasnya. Oleh kerana harga emas naik dan turun, so kita bermain ikut harga semasa.
 

Nampak x? Kalau tiap 3 bulan kita memiliki 1 dinar emas. Cuba bayangkan bila cukup 3 atau 4 tahun akan datang. Time tu mesti kita dah keluar U. Sekurang-kurangnya kita ada 10 keping emas dinar! & Harga emas sentiasa naik & tak mustahil time tu harga 1 dinar emas ialah RM1,000.00.

Kalau 10 keping dinar =  RM ?
RM1,000 x 10 = RM1O,OOO

Wow! See? Macam-macam kita boleh buat dengan dinar ini sebenarnya. Kita boleh jual balik untuk mendapat duit fiat (wang kertas) & duit tu kita boleh guna untuk pelbagai. Misalnya, kita boleh buat muka beli kereta atau nak buat duit hantaran kahwin pun boleh. Hehee



2) Barang Kemas



Tapi kalau tak suka nak simpan dinar emas, nak main barang kemas (contoh: rantai tangan) pun boleh. Selalunya perempuan yang suka barang kemas. At least kita boleh pakai barang kemas ni. Percayalah… Semangat tu lain bila kita sendiri dapat memiliki emas. 

Rantai tangan yang paling murah sekarang ni ialah RM1723.50 seberat 10g. Ok, yang ni kita bermain 7 orang. Seorang perlu bayar RM246.21. Kita amik masa selama 7 bulan untuk tiap orang memiliki satu rantai tangan. Kalau nak cepat kita main 5 orang, so tiap seorang RM344.70. Kalau kita main selama 5 bulan, so tiap bulan salah seorang akan mendapat 1 rantai tangan 10g. Cukup je lima bulan, semua orang akan dapat 1 rantai tangan dan permainan tamat. Faham?



Peringatan:
 

Main kutu ni ikut harga semasa. Kemudian bahagi ikut berapa ramai pemainnya. Kalau kita nak ulang balik main game ni katalah dalam 3 tahun kita dapat kumpul 5 rantai tangan, so berat  5 utas x 10g = 50g. Dengan harga emas yang sentiasa naik, hari ini harga 
1g emas 999 = RM172.90. 3 tahun lagi mungkin harga emas 999 bagi setiap 1g = RM200. Ini anggaran sahaja. Mungkin boleh naik lebih tinggi. Jika kita dapat kumpul 50g maka nilainya, 50g x RM200 = RM10 000. Bererti simpanan kita itu nilai marhumnya ialah RM10,000.

Kalau kita macam terdesak sangat nak guna duit, rantai tangan ni pun kita boleh letak di 
Ar-Rahnu, Bank Rakyat atau Agro Bank. Cuba bayangkan time kita nak keluar U nanti, nak cari kerja pun susah. Hutang pinjaman PTPTN pulak menimbun. Nak kena bayar lagi. So sambil tanam anggur tu nanti, kalau kita ada sedikit simpanan emas time tu memanglah tersangat lah berguna! Bak kata Celcom, Memang Berbaloi!




Saturday 4 June 2011

Mas kahwin guna Dinar Emas


Assalammualaikum

Saya pasti hampir tiap minggu banyak yang melangsungkan perkahwinan. Ada juga beberapa orang ex-student saya yang akan kahwin pada hari ini dan esok. Kepada yang bakal melangsungkan perkahwinan saya ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga majlis anda diberkati ALLAH. Insyallah.

Sekarang kalau kita perasan banyak pengantin menggunakan wang kertas sebagai mas kahwin, kenapa tak gunakan dinar emas ya?


Pada tahun 2000, M.Nasir membayar mas kawin kepada Marlia Musa  menggunakan 13 dinar emas yang berharga RM 2000. 10 tahun lepas dinar emas tak popular lagi. Jadi macam mana M.Nasir dapat idea ni kan?

Kalau ikut anggaran, pada tahun 2000 harga 1 dinar cuma RM 153. Tetapi kalau ikut harga sekarang (4 Jun 2011) 1 Dinar = RM 730. Kalau 13 keping dinar emas bersamaaan RM9490.00. Sangat LUMAYAN! Harap Marlia masih simpan dinar tu. Agak-agak dia tau tak nilai dinar dia sekarang? Tak taulah siapa yang bijak, M.Nasir atau Marlia.

Sekarang ni kalau kita tengok tak sampai RM 2000 kita cuma mampu beli 2 keping dinar emas sahaja. So, ape tunggu lagi wahai bakal-bakal pengantin perempuan, mintalah dinar emas sebagai mas kawin. Kalau nak minta tu, jangan 3 keping je, mintak banyak-banyak baru best. 10 keping dinar ke? Secara tak langsung, dinar emas yang anda minta sebagai mas kahwin itu boleh dijadikan long-term investment anda.


Cuba tengok contoh hantaran dinar kat atas ni. Best kan? Hantaran dinar tu. Tapi yang paling best nilainya naik tiap tahun. Orang lain bagi mas kahwin dengan wang kertas tapi anda dapat dinar emas. Siapa lagi untung?

Jangan takut nak tukar wang anda kepada emas, dia tak hilang ke mana pun cuma tukar dalam bentuk emas dan emas pula menyimpan nilai ringgit anda. Jadikan emas sebagai investment anda.

Jadi pada sesiape yang berminat nak jadikan dinar emas sebagai mas kahwin atau ingin menyimpannya sendiri boleh beli dengan kami di Segunung Emas kerana kami bukan sahaja menjual dinar emas tetapi juga produk emas yang lain






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...