Harga Emas Semasa GCPHarga Emas Dunia

Harga Emas RM/gramGraf Emas 24 jam

Thursday 11 August 2011

BERITA TV9 - Pelaburan Emas Di Malaysia

Assalammualaikum

Pejam celik kita da berpuasa selama 10 hari. Syukur alhamdulillah. Tinggal 19 hari je lagi. Semoga kita dapat manfaatkan lagi 19 hari Ramadhan ni dengan tingkatkan amal ibadat. Yelah. Ramadhan sekali je kan dalam setahun. Bila lagi nak buat amal dengan pahala berganda. Tak gitu? Ok la, malas nak membebel. 

Itu hari Berita TV9 buat liputan mengenai pelaburan emas di Malaysia. Jom kita dengar, lihat and hayati apa yang bestnya simpan emas ni? Apa untungnya bila kita simpan emas fizikal terutamanya jongkong emas and syiling emas

Saya yang baru umur 22 tahun pun da mula sedar akan pelaburan emas fizikal. Anda?






Berminat untuk menyimpan & membeli emas? Hubungi kami




Tuesday 2 August 2011

Emas fizikal sebagai pelaburan !

Edited by: Dla Shahrom

Assalammualaikum !

Salam Ramadhan. Hish, lama betul tak update blog ni. Dah dekat sebulan. Memang berhabuk & bersawang. Fuhhhhh fuhhhh....  Sebenarnya memang nak update blog dari itu hari tapi asyik kekangan masa je. Oklah, sebab banyak sangat orang asik tanya pelaburan emas tu apa? Pelaburan emas tu macam mana? I'll explain more about it.



Ada yang tanya:
1. Pelaburan emas tu macam Unit Trust ke? Jawapanya, Oh tidak sama sekali.
2. Macam mana pulak dengan pelaburan emas Dinar ( baca kt bawah)
3. Emas dinar tu ape? Sama ke dengan emas Dinar Iraq? Jawapannya, tak sama.




PELABURAN EMAS ? 

Dekat Malaysia ni ada 2 cara nk buat pelaburan emas, iaitu :


1. PELABURAN EMAS FIZIKAL



Pelaburan emas fizikal adalah pelaburan yang paling TERBAIK. Sebab? Emas fizikal ni kite boleh pegang & simpan sendiri & yang paling penting ia sebagai penyelamat jika berlaku krisis ekonomi 

Ada 3 cara melabur dalam emas fizikal ni, antaranya adalah menggunakan :


1. Syiling emas ( Dinar emas )
Contoh: Syiling Emas / Dinar Emas keluaran GCP


Dinar emas ialah matawang Islam. Zaman Rasulluah dulu jual beli guna matawang dinar emas & dirham (dirham ni ialah matawang yang diperbuat dari perak). Ingat lagi tak cerita P.Ramlee 3 Abdul ? Jual beli dalam cerita tu menggunakan dinar & dirham. Zaman kita ni sebenarnya memang dah tersasar jauh. Patutnya semua Negara Islam menggunakan matawang Dinar emas. Tapi apa yang berlaku sekarang sebaliknya. Masyallah...


2. Jongkong emas (Gold bar)
Contoh : Jongkong emas/ Gold Bar keluaran GCP

Ini contoh jongkong emas. Pernah pegang tak emas ni? Ada 20g, 50g dan 100g. Kalau boleh simpanlah emas ni sebagai aset selama mana yang boleh. Kalau nk up kan lagi profit dalam pelaburan emas ni, belilah emas fizikal dalam bentuk syiling emas & jongkong emas. 

Sebab?
1. Mudah dibawa
2. Mempunyai saiz, bentuk & berat yang standard
3. Mudah ditunaikan.
4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah



3. Barang kemas

Sebenarnya untuk pengetahuan anda semua, barang kemas BUKANLAH pelaburan emas yang baik. Sebab apa? Sebab harganya yang tinggi cuma disebabkan kos upah buat barang kemas tu je. Susut nilai bagi barang kemas jugak tinggi. Adalah dalam 25 % - 40%. So, kita macam rugilah kalau kita invest barang kemas. Better invest dalam dinar or gold bar.


2) PELABURAN EMAS DENGAN MEMBUKA AKAUN SIMPANAN EMAS
Selain invest melalui emas fizikal, kita jugak boleh invest dengan cara bukak akaun simpanan emas. Antara bank dekat Malaysia ni yang tawarkan akaun simpanan emas adalah :


Bila kita bukak akaun simpanan seperti ni, kita sebenarnya TAK DAPAT emas fizikal. Tapi sebaliknya, nilai belian emas akan direkodkan dalam akaun simpanan emas kita tu. Harga emas pulak based on harga emas semasa. Akaun simpanan ni boleh dibuka kat mana-mana cawangan Maybank or Public bank


Bagi Maybank, kita boleh keluarkan simpanan dalam bentuk emas fizikal, tapi cas tambahan untuk pengangkutan & insurans akan dikenakan.

Bagi Public bank pulak, dia tak tawarkan kemudahan keluarkan simpanan dalam bentuk emas fizikal. Kita cuma boleh jual nilai emas & dapat tunai.

Kebaikan: Kita  tak perlu bimbang & tak perlu risau pikir mana nak simpan emas fizikal ni. Sebab bank yang tolong simpankan.
Keburukan: Cuma yang tak bestnya kita tak dapat emas fizikal la. Hehee

.................................................................

Bagi saya pulak, pilihan terbaik ialah dengan memiliki emas fizikal tu sendiri. Means, saya dapat pegang & simpan emas tu sendiri. Tak kesahlah dinar ke, goldbar ke. Yang penting emas tu mesti ada kat tangan saya. So, renung2kanlah ea. Pilihan ditangan anda! Eh, jangan renung lama2 sangat. BERTINDAK SEKARANG!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...