Harga Emas Semasa GCPHarga Emas Dunia

Harga Emas RM/gramGraf Emas 24 jam

Monday 30 May 2011

Kenape saya beli & simpan emas?



Assalammualaikum


Hari ni saye nak bercerita santai saja. Macam mana and kenapa saya boleh berminat nak beli emas and mahu menyimpan emas? Saya percaya masih banyak dekat luar sana sama macam saya sebelum ni yang tak amik kisah tentang emas. Tulah, bila terbaca dekat salah satu blog tentang emas and banyak lagi blog mengenai emas, barulah saya sedar rupanya banyak jugak saudagar emas dekat alam maya ini. Menarik! So, dari sini idea itu bermula.



Kenapa saya beli dan simpan emas ?

Contoh : Dinar Emas GCP


Pertama, Rasulullah telah bersabda: "Akan tiba suatu zaman, tiada yg lebih berharga kecuali emas dan perak." Saya mendengar dari youtube seorang ulama' mengatakan sistem kewangan Islam yg menggunakan dinar emas dan dirham adalah salah satu sunnah Rasullulah. Akhir zaman kalau kita dapat mengikut satu sunnah Rasullululah pahalanya MasyaAllah! Walaupun kita tidak berada dalam sistem itu, at least kita berusaha untuk menuju ke arah itu. Disamping mencari untung kita dapat beribadah dengan membayar zakat apabila cukup masa dan syaratnya. Wah, hebat betul penangan emas ni! Bukan saja untung di dunia, tetapi juga di akhirat. InsyaAllah.


Kedua, Nilai emas sentiasa naik. Tak perlu bimbang ape-ape. Cuma beli and simpan. Bila harga naik kita jual. Dapat untung dari situ. Tapi bukan beli dan jual dalam mase terdekat. Sebab ni merupakan pelaburan jangka masa panjang.


Ketiga, Emas adalah pelindung nilai yang terbaik. Dapat melindungi diri dan generasi pewaris kita dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yg akan menyebabkan wang simpanan kita (wang kertas) menyusut nilai.


Keempat, Saya berkira-kira jika 10 tahun lagi saya pencen, saya harap urusan kewangan saya pada ketika itu sekurang-kurangnya tidak terganggu. Kerana pada ketika itu, harga barang tentu melambung tinggi dan nilai wang akan makin susut. Dengan wang pencen yang tinggal separuh tentu keadaan saya akan undur ke belakang. Jika saya beli dan simpan emas dari sekarang dengan harga sekarang, dan dengan sedikit teknik mencari keuntungan, saya rasa...WAH! Ekonomi saya jadi bertambah baik. Insyallah.

..............................


Kalau lah saya beli dan simpan emas sejak saya start bekerja dulu, alangkah bagusnya. Anda boleh kira sendiri. Tahun 1990 harga emas RM35 segram, dan sekarang tahun 2011 harganya  RM157 segram. Bayangkan kalau kita ada 1000gram? Peluang seperti ini terbuka luas untuk adik -adik  yang baru bekerja. Jangan takut untuk beli emas, anda tak rugi apa-apa. Cuma duit yang anda simpan ditukar ke bentuk emas. Anda cuba bayangkan, saat anda nak pencen macam saya ini dan anda ada simpan 1kg emas, masa tu kenaikan harga emas mungkin 300% dan anda boleh jadi jutawan!

Tapi sekarang rata-rata kakitangan kerajaan yang pencen tak ada sesenang mana. Ini lah yang saya asyik fikir dan usahakan. Walau apepun kita hanya merancang, jika umur saya tak panjang sekurang-kurangnya saya tinggalkan sesuatu untuk generasi saya. Sebenarnya ade banyak lagi sebab kenapa saya simpan emas. Tapi cukup lah setakat ni sahaja. 

Walaupun rasanya macam dah terlambat untuk start simpan emas, tapi saya teruskan juga. Oleh kerana saya merancang mahu menyimpan dan membeli emas secara tetap, akhirnya saya  memilih untuk menjadi dealer emas GCP. Rupa-rupanya ada juga saudara dan teman-teman yang berminat untuk membeli emas dari saya. Dengan ini, bermulalah saya sebagai peniaga emas! Seronoknya kali pertama saya mendapat pelanggan. Hehee.





Comments
2 Comments

2 comments:

chokelat manis said...

Best la cikgu punya entry ny..
keh3

Z.A.M.N.E.Q.A said...

terasa mcm nak join je beli n kumpul emas ni...tp duit tidak mengizinkan utk saya beli emas dlm jmlah yg besar sperti RM735.....jd mcm mne sy nak bermula..??

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...