Harga Emas Semasa GCPHarga Emas Dunia

Harga Emas RM/gramGraf Emas 24 jam

Wednesday 8 June 2011

Tips: Beli emas guna cara kutu


Assalammualaikum

Hello semua! Malam ni saya nak share tips! Tips apa ya? Before tu, siapa yang dekat sini masih belajar? Sebab entry malam ni saya tujukan khas untuk student atau siswa/siswi yang berminat nak beli & simpan emas tapi tak cukup duit nak beli emas. Err, yang bukan student pun boleh join gak bace tips ni. Hehee
 
Tips yang saya nak share malam ni ialah macam mane student pun boleh beli & simpan emas dengan modal yang tak payah nak kuar RM700++ terus macam tu. Rata-rata student yang study full-time bukannya orang yang ada income sendiri. Termasuklah saya. I mean student kan belum bekerja & tak ada duit pegangan sendiri. At least dengan tips yang akan saya bagi ni, kita boleh simpan satu keping dinar emas atau barang kemas pun jadi la. Apa? Ingat orang yang dah berkerjaya je ke boleh simpan emas? Kite pun boleh tau. Hehee

Kalau kita perhati, sekarang ni pun musim cuti semester kan. Saya yakin mesti banyak student yang bekerja sambilan kan. So, mesti ada duit pendapatan kan? Tak banyak pun sikit pun jadi la kan? Apa lagi, jom beli emas! Eh tapi gaji pun tak seberapa. Takkan nak habiskan semua duit gaji dengan beli emas? Mestilah tak nak kan? Kalau saya pun tak nak. Tapi kalau anda tak bekerja sambilan pun sekarang ni anda boleh beli emas dengan duit biasiswa/pinjaman atau duit simpanan anda. Jangan risau. Tips yang akan saya bagi ni takkan menyusahkan anda tapi lagi menyenangkan anda. Insyallah.

Tips/Idea: Kaedah main kutu. Taukan cara main kutu macam mana?
 
Contoh:  
1) Dinar Emas




Harga dinar emas pada hari ini 8/6/2011 ialah RM737. Katalah kita bermain seramai 3 orang.

1. Bulan pertama harga emas RM737. Bahagi 3 orang. Tiap seorang perlu bayar RM245.67. Orang pertama akan mendapat dinar emas yang pertama. 

2. Bulan kedua. Contoh harga emas ketika itu dah naik, katakan RM740. So tiap seorang perlu bayar RM246. Orang kedua pula akan dapat dinar emas.

3. Dan akhir sekali bulan ketiga, orang ketiga pula akan dapat dinar emasnya. Oleh kerana harga emas naik dan turun, so kita bermain ikut harga semasa.
 

Nampak x? Kalau tiap 3 bulan kita memiliki 1 dinar emas. Cuba bayangkan bila cukup 3 atau 4 tahun akan datang. Time tu mesti kita dah keluar U. Sekurang-kurangnya kita ada 10 keping emas dinar! & Harga emas sentiasa naik & tak mustahil time tu harga 1 dinar emas ialah RM1,000.00.

Kalau 10 keping dinar =  RM ?
RM1,000 x 10 = RM1O,OOO

Wow! See? Macam-macam kita boleh buat dengan dinar ini sebenarnya. Kita boleh jual balik untuk mendapat duit fiat (wang kertas) & duit tu kita boleh guna untuk pelbagai. Misalnya, kita boleh buat muka beli kereta atau nak buat duit hantaran kahwin pun boleh. Hehee



2) Barang Kemas



Tapi kalau tak suka nak simpan dinar emas, nak main barang kemas (contoh: rantai tangan) pun boleh. Selalunya perempuan yang suka barang kemas. At least kita boleh pakai barang kemas ni. Percayalah… Semangat tu lain bila kita sendiri dapat memiliki emas. 

Rantai tangan yang paling murah sekarang ni ialah RM1723.50 seberat 10g. Ok, yang ni kita bermain 7 orang. Seorang perlu bayar RM246.21. Kita amik masa selama 7 bulan untuk tiap orang memiliki satu rantai tangan. Kalau nak cepat kita main 5 orang, so tiap seorang RM344.70. Kalau kita main selama 5 bulan, so tiap bulan salah seorang akan mendapat 1 rantai tangan 10g. Cukup je lima bulan, semua orang akan dapat 1 rantai tangan dan permainan tamat. Faham?



Peringatan:
 

Main kutu ni ikut harga semasa. Kemudian bahagi ikut berapa ramai pemainnya. Kalau kita nak ulang balik main game ni katalah dalam 3 tahun kita dapat kumpul 5 rantai tangan, so berat  5 utas x 10g = 50g. Dengan harga emas yang sentiasa naik, hari ini harga 
1g emas 999 = RM172.90. 3 tahun lagi mungkin harga emas 999 bagi setiap 1g = RM200. Ini anggaran sahaja. Mungkin boleh naik lebih tinggi. Jika kita dapat kumpul 50g maka nilainya, 50g x RM200 = RM10 000. Bererti simpanan kita itu nilai marhumnya ialah RM10,000.

Kalau kita macam terdesak sangat nak guna duit, rantai tangan ni pun kita boleh letak di 
Ar-Rahnu, Bank Rakyat atau Agro Bank. Cuba bayangkan time kita nak keluar U nanti, nak cari kerja pun susah. Hutang pinjaman PTPTN pulak menimbun. Nak kena bayar lagi. So sambil tanam anggur tu nanti, kalau kita ada sedikit simpanan emas time tu memanglah tersangat lah berguna! Bak kata Celcom, Memang Berbaloi!




Comments
1 Comments

1 comments:

Unknown said...

dah daftar lme dh..tp emas x beli2 lg..huhuhuhu...

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...