Harga Emas Semasa GCPHarga Emas Dunia

Harga Emas RM/gramGraf Emas 24 jam

Saturday 4 June 2011

Mas kahwin guna Dinar Emas


Assalammualaikum

Saya pasti hampir tiap minggu banyak yang melangsungkan perkahwinan. Ada juga beberapa orang ex-student saya yang akan kahwin pada hari ini dan esok. Kepada yang bakal melangsungkan perkahwinan saya ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga majlis anda diberkati ALLAH. Insyallah.

Sekarang kalau kita perasan banyak pengantin menggunakan wang kertas sebagai mas kahwin, kenapa tak gunakan dinar emas ya?


Pada tahun 2000, M.Nasir membayar mas kawin kepada Marlia Musa  menggunakan 13 dinar emas yang berharga RM 2000. 10 tahun lepas dinar emas tak popular lagi. Jadi macam mana M.Nasir dapat idea ni kan?

Kalau ikut anggaran, pada tahun 2000 harga 1 dinar cuma RM 153. Tetapi kalau ikut harga sekarang (4 Jun 2011) 1 Dinar = RM 730. Kalau 13 keping dinar emas bersamaaan RM9490.00. Sangat LUMAYAN! Harap Marlia masih simpan dinar tu. Agak-agak dia tau tak nilai dinar dia sekarang? Tak taulah siapa yang bijak, M.Nasir atau Marlia.

Sekarang ni kalau kita tengok tak sampai RM 2000 kita cuma mampu beli 2 keping dinar emas sahaja. So, ape tunggu lagi wahai bakal-bakal pengantin perempuan, mintalah dinar emas sebagai mas kawin. Kalau nak minta tu, jangan 3 keping je, mintak banyak-banyak baru best. 10 keping dinar ke? Secara tak langsung, dinar emas yang anda minta sebagai mas kahwin itu boleh dijadikan long-term investment anda.


Cuba tengok contoh hantaran dinar kat atas ni. Best kan? Hantaran dinar tu. Tapi yang paling best nilainya naik tiap tahun. Orang lain bagi mas kahwin dengan wang kertas tapi anda dapat dinar emas. Siapa lagi untung?

Jangan takut nak tukar wang anda kepada emas, dia tak hilang ke mana pun cuma tukar dalam bentuk emas dan emas pula menyimpan nilai ringgit anda. Jadikan emas sebagai investment anda.

Jadi pada sesiape yang berminat nak jadikan dinar emas sebagai mas kahwin atau ingin menyimpannya sendiri boleh beli dengan kami di Segunung Emas kerana kami bukan sahaja menjual dinar emas tetapi juga produk emas yang lain






Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...